SEPERTI dijangka, penularan COVID-19 varian Omicron yang pernah mencecah lebih 30,000 kes sehari pada Februari dan awal Mac kini telah jauh melepasi kemuncaknya.
Trend penurunan mula dicatatkan sejak beberapa minggu lalu dan minggu ini kebanyakan kes harian berada sekitar 6,000 jangkitan.
Dan kes harian terendah dilaporkan semalam apabila hanya 5,899 jangkitan dikesan di seluruh negara.
Untuk rekod, sebanyak 6,069 kes dilaporkan pada 19 April manakala 6,968 kes pada Rabu manakala pada Februari lalu jangkitan harian mula melebihi 30,000 kes dengan 4 Mac lalu 33,209 kes harian dikesan.
Bukan itu, sahaja, berdasarkan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital semalam juga terendah untuk sepanjang minggu ini.
Kemasukan pesakit harian COVID19 semalam adalah 208 orang berbanding 370 orang pada 15 April lalu.
Noor Hisham berkata, kes COVID-19 yang memerlukan rawatan di ICU semalam adalah 92 orang manakala 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Baca: Pelitup muka: Polis nafi saman tidak dikenakan
33,406 kes COVID-19, lebih separuh kategori 2
Bagi penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU), tidak ada negeri yang mencatatkan kadar penggunaan melebihi 50 peratus semalam.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, daripada 5,899 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam, hanya 23 kes atau 0.39 peratus dalam kategori 3, 4 dan 5.
“Daripada jumlah keseluruhan 5,899 kes positif COVID-19 yang dicatatkan pada 21 April, sebanyak 5,876 kes atau 99.61 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2.
“Lapan kes atau 0.14 peratus dalam Kategori 3, 10 kes (0.17 peratus) dalam kategori 4 dan lima kes (0.08 peratus) dalam Kategori 5,” katanya.
Noor Hisham berkata jumlah kes sembuh COVID-19 yang dicatatkan semalam adalah 8,434 kes, lebih tinggi daripada kes positif baharu yang direkodkan.
Menurut beliau, satu kluster baharu COVID-19 dilaporkan semalam manakala kadar kebolehjangkitan Rt yang dicatatkan di seluruh negara ialah 0.81 dengan tiada negeri yang mencatatkan Rt melebihi 1.0.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

