Polis siasat kes buli murid asrama di Sibu

Dari Penulis

POLIS kini dalam proses melakukan siasatan selepas tular satu video yang dipercayai kejadian buli membabitkan beberapa orang murid di sebuah sekolah asrama di Sibu, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner, Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya telah mengenal pasti kesemua individu terlibat dalam kes itu.

“Pihak polis telah mengenal pasti mangsa yang terlibat yang merupakan murid sekolah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis cari lelaki siku pembonceng motosikal wanita dekat Klang

Tambahnya, satu laporan polis telah diterima pihaknya, dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya.

Semalam, polis mengesan satu video berdurasi 23 saat yang dimuak naik di media sosial menerusi akaun Facebook ‘Boss Jeff’.

Video itu menunjukkan beberapa orang murid seperti sedang membuli rakan murid lain ketika baring di atas katil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This