Tiga maut dipercayai berlumba di Pasir Gudang, polis siasat ada lesen memandu atau tidak

Dari Penulis

POLIS akan menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti sama ada mangsa nahas motosikal yang mengorbankan tiga remaja di Taman Kota Masai dekat Pasir Gudang, malam tadi memiliki lesen memandu.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak memaklumkan, siasatan itu akan meliputi semua aspek.

Menurut beliau, tumpuan pada peringkat awal adalah untuk mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Pada masa sama, Mohd. Sohaimi menegaskan, polis juga akan menyiasat sama ada kumpulan remaja tersebut memiliki lesen memandu atau tidak.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan susulan akan diambil berdasarkan hasil siasatan dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Sohaimi memaklumkan, keputusan sama ada ibu bapa atau penjaga akan dikenakan tindakan undang-undang bergantung kepada hasil siasatan.

Baca artikel berkaitan: Tiga remaja 15 dan 16 tahun maut, berlumba sesama sendiri

“Polis menasihati orang ramai, terutama ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak, khususnya mereka yang masih bawah umur.

“Ini termasuk jangan membenarkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak terbabit kegiatan lumba haram,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam di Jalan Delima, Taman Kota Masai itu, tiga remaja lelaki maut manakala seorang lagi parah dipercayai berlumba sesama sendiri membabitkan tiga motosikal.

Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun manakala yang cedera parah berumur 17 tahun.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan itu dipercayai ketika kesemua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal telah bersaing sesama sendiri sehinggal bergesel dan berlaku kemalangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This