Isu kekurangan tenaga kerja belia semakin kritikal – PKPB

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

ISU kekurangan tenaga kerja dalam kalangan generasi muda di dalam semua sektor dilihat semakin kritikal.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, antara faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku adalah kerana budaya dan cara mengurus sumber manusia di tempat kerja tidak berubah.

Jelasnya, hal tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan teknologi ketika ini telah mengubah cara bekerja, cara berfikir dan kehidupan generasi muda.

“Majikan perlu segera memandang serius trend ‘perkongsian strategik’ antara belia dan dewasa atau di kenali sebagai Youth-Adult Partnerhsip (Y-AP).

“Perkongsian belia dan dewasa yang strategik merujuk kepada simbiosis kerja antara
golongan muda dan rakan sejawat dewasa mereka dalam organisasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PKPB gesa kerajaan benarkan pusat latihan kemahiran beroperasi

Mengulas lanjut, Mohammad Rizan berkata, majikan juga disarankan untuk bersikap lebih positif kepada pekerja yang terdiri daripada golongan belia.

Jelas beliau, hal itu bagi membolehkan hubungan antara pekerja daripada golongan belia dan pekerja daripada golongan dewasa menjadi lebih positif.

“Semakin kerap majikan menjatuhkan hukuman dan melabel golongan belia memilih kerja, malas, tidak kompeten dan sebagainya, maka semakin membesarlah jurang anak muda untuk tidak mempercayai golongan dewasa di tempat kerja.

“PKPB menyeru kepada pihak majikan, pengamal sumber manusia, pakar pembangunan belia dan penggubal dasar untuk memahami cara berbeza antara golongan belia dan dewasa.

“Ini boleh mengoptimumkan hubungan mereka untuk kesejahteraan organisasi yang akhirnya memberi manfaat besar kepada ekonomi negara dan sosial masyarakat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This