Malaysia dipilih tuan rumah Sukan SEA 2027

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MALAYSIA akan diberi tanggungjawab selaku tuan rumah bagi edisi ke-34 Sukan SEA pada tahun 2027.

Ia selepas Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) sepakat memilih Malaysia selepas penarikan diri Brunei yang sepatutnya menganjurkan temasya dua tahun sekali itu.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, keputusan memberi tanggungjawab kepada Malaysia itu dipersetujui ahli majlis SEAGF dalam mesyuarat hari ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada SEAGF atas kepercayaan untuk menganjurkan temasya Sukan SEA 2027.

“MOM akan membuat janji temu untuk memaklumkan secara rasmi mengenai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekembalinya ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Mudah jinakkan Laos, separuh akhir makin hampir

Ini adalah kali ketujuh Malaysia diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah sejak kali pertama pada 1965 ketika temasya ini dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP), diikuti 1972, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

MOM sebelum ini pernah menyatakan minat menganjurkan Sukan SEA 2027 tahun lalu selepas penarikan diri Brunei.

Temasya Sukan SEA ke-31 yang sepatutnya dianjurkan tahun lalu sedang berlangsung di Hanoi, Vietnam dari 12 hingga 25 Mei ini.

Tahun hadapan, temasya itu akan dianjurkan Kemboja buat pertama kali pada 5 hingga 16 Mei manakala Thailand bakal menjadi tuan rumah pada edisi ke-33 pada tahun 2025.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This