Tangkap layar video memaparkan kanak-kanak berusia 10 tahun memandu Perodua Kancil pada pagi kelmarin.

SEORANG wanita tampil menyerah diri ke Ibu Pejabat Daerah Pontian selepas video memaparkan aksi seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Perodua Kancil merah menjadi tular di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superitendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pemilik akaun TikTok @shimahali1 telah tampil ke IPD Pontian pada jam 10 pagi tadi.

Katanya, siastan awal mendapati kejadian berlaku di Pekan Nenas, Johor ketika anak-anak wanita tersebut sedang bersiap ke sekolah pada pagi kelmarin.

Baca artikel berkaitan: Pemandu lori ditemui mati tergantung di dapur rumah

“Anak lelaki berusia 10 tahun telah bertindak memandu kenderaan bersama dua orang adik yang berada di bahagian penumpang sebelah kiri di mana masing-masing berusia enam dan tiga tahun kira-kira pukul 7 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, aksi tersebut dipercayai di rakam oleh anak perempuan yang berusia 11 tahun menggunakan telefon bimbit miliknya.

Sehubungan itu, siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit boleh di dakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Pemilik kenderaan iaitu ayah kanak-kanak tersebut juga boleh di saman di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohammad Shofee mengingatkan agar ibu bapa sentiasa memantau anak-anak agar tidak memandu kenderaan tanpa lesen.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram