Rugi RM7,000 selepas rumah dipecah masuk ketika keluar bekerja

Dari Penulis

SEORANG lelaki tidak menyangka rutin harian pulang bekerja dikejutkan dengan rumahnya yang terletak di Taman Sentosa, Klang telah dipecah masuk pencuri pada petang semalam.

Mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pekerja am mengalami kerugian sebanyak RM7,000.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, mangsa seorang lelaki berbangsa Cina telah keluar bekerja pada pukul 10.30 pagi.

Baca artikel berkaitan: Rahsia buang janin terbongkar selepas mendapatkan rawatan akibat pendarahan serius

Katanya, mangsa kemudian pulang ke rumah pada pukul 6.30 petang dan mendapati rumah dalam keadaan berselerak.

“Siling bilik mangsa juga telah berlubang dan hasil pemeriksaan mendapati dua bentuk cincin emas, tiga utas rantai emas dan wang tunai kira-kira RM2,100 telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoong Fong berkata, tiada pengawal keselamatan di tempat kejadian dan tiada kesan cap jari ditemui.

“Siasatan kini diteruskan bagi mengesan dan menangkap suspek,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This