Ismail Sabri ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda, hari ini.

Perdana Menteri menzahirkan ucapan itu kepada baginda menerusi akaun Facebook rasminya.

“Daulat Tuanku. Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah.

“Patik menyembahkan ucapan tahniah ke sisi Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sempena Ulang Tahun Ke-79 Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis pada 17 Mei 2022 bersamaan 16 Syawal 1443H,” katanya.

Ismail Sabri turut mendoakan agar Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid, dilanjutkan usia.

“Semoga Allah SWT memberkati pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Ampun Tuanku,” jelasnya.

Bersempena Hari Keputeraan Raja Perlis, seramai 325 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki menyamar sebagai penjawat awam

POLIS menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menyamar sebagai penjawat awam yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kajang,...

More Articles Like This