“Mungkin bukan lagu yang sesuai…,” – Liza Hanim kekal positif dalam berkarya

Dari Penulis

PENYANYI Liza Hanim mengakui lagu-lagu terbarunya tidak memenuhi kriteria dan citarasa sekaligus kurang mendapat sambutan daripada peminat.

Liza juga turut menyatakan bahawa kekurangan sambutan kepada lagu-lagunya kemungkinan berpunca daripada situasi serta masa yang tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, Liza, atau Haliza Hanim Halim, 42, tidak menjadikan ia sebagai pematah semangat untuk terus berkarya dalam bidang nyanyian.

Liza Hanim tetap optimis dan akan terus mengeluarkan lagu-lagu berkualiti

“Mungkin lagu-lagu itu tidak dikeluarkan pada waktu yang sesuai. Atau mungkin bukan lagu yang sesuai.

“Tapi ia tak bermakna kalau gagal, saya akan berhenti menyanyi”, katanya kepada URTV.

Liza ditemui pada sidang media program Karaoke Superstar di The Gardens Theatre, Aras 6, The Gardens Mall, (North Side), Mid Valley City, kelmarin.

Liza Hanim sudah membuka akaun Youtube demi mengikut arus teknologi

Pelantun lagu Siapa Sangka Siapa Menduga itu bakal tampil sebagai salah seorang peserta dalam rancangan nyanyian yang bakal disiarkan setiap hari Ahad bermula 5 Jun di saluran Astro Ria (104).

Sementara itu, Liza turut berkongsi bahawa dia telah pun membuka akaun Youtube dan menjadikan ia sebagai platform untuk mengeluarkan lagu.

“Pada waktu sekarang, kebanyakan industri memfokuskan kepada populariti seperti jumlah tontonan dan sebagainya.

“Sebab itu, kini saya telah pun membuka akaun Youtube dan saya akan menggunakan akaun itu sebagai platform berkarya.

“Kita harus menguasai semua platform yang ada”, tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Liza akan mengeluarkan duet terbarunya tidak lama lagi.

Walaupun tidak mendedahkan artis yang bakal berduet bersamanya, Liza memberitahu bahawa artis tersebut merupakan seorang penyanyi wanita yang terkenal dengan vokalnya.

“Lagu duet yang bakal dikeluarkan ini bergenre balada.

“Dan penyanyi yang saya akan nyanyi bersama ini pun orang kenali dengan vokalnya”, ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This