DUA Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) berturut-turut yang berjaya diperoleh mengesahkan pasukan Malaysia 1 mengetepikan cabaran pasukan lain untuk meraih pingat gangsa bagi acara e-sukan, PUBG Mobile di Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.
Malaysia 1 yang dibarisi pemain-pemain TABAH Persatuan E-Sukan Negeri Sembilan (NSEA) iaitu XRush; Franky; Magix; FlaxOP dan pemain handalan negara iaitu Jumper yang dipinjamkan dari Axis RedOne menamatkan pertempuran selama tiga hari mengumpul 148 mata keseluruhan.
Pasukan itu mendapat 75 mata daripada penyingkiran dan 73 mata ranking selagi gus mengatasi pasukan Myanmar 1 di tempat keempat dengan memperoleh 147 mata.
Selepas pertempuran selama tiga hari dalam 15 pusingan, Malaysia 1 berjaya memperoleh WWCD berturut-turut di pusingan 14 di peta Sanhok dan pusingan 15 di Miramar.
Baca artikel berkaitan: Harapan emas PUBG Mobile Sukan SEA disandarkan kepada QB
Pasukan negara mengumpul 12 mata singkir di peta Sanhok untuk memperoleh 27 mata manakala 11 mata singkir di pusingan ke-15 untuk mendapat 26 mata.
Indonesia 2 berjaya meraih pingat emas dengan 163 mata keseluruhan menerusi 66 penyingkiran dan 97 mata ranking walaupun tidak memperoleh WWCD.
Sementara itu, pasukan Vietnam 1 yang memperoleh tiga WWCD sepanjang tiga hari pertandingan dimainkan mendapat pingat perak dengan 156 mata.
Pingat gangsa yang diraih itu juga menebus kekecewaan Jumper di kategori solo awal minggu ini apabila hanya menduduki tangga keenam.
Satu lagi pasukan negara iaitu Malaysia 2 yang diwakili pemain Geek FAM iaitu DamRUDE; QB; Snipes dan Sonix7Days bersama uHigh yang dipinjamkan dari kelab Bigetron RA pula berada di tempat ketujuh dengan 120 mata.
Edisi kali ini merupakan julung kali permainan e-sukan PUBG Mobile dipertandingkan dalam temasya Sukan SEA.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

