Tangkap layar ciapan dakwaan seorang pengguna Twitter yang mendakwa polis telah salah guna kuasa

POLIS tampil menafikan wujud salah guna kuasa ketika menahan orang awam di sebuah gerai makan dekat Jalan Cheras Utama, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya mengesan dakwaan yang tular di laman Twitter itu kira-kira pukul 11 malam tadi.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati pihaknya yang sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah telah mengesyaki seorang lelaki warga tempatan membeli nombor ekor haram dalam talian di aplikasi WhatsApp pada pukul 2.30 petang.

“Sewaktu pihak polis mahu memeriksa secara terperinci, individu terbabit tidak memberi kerjasama dan beredar dengan menaiki kereta ke rumah saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Sebab belok tiba-tiba, lelaki tak puas hati belasah warga emas

Susulan perkara tersebut, pihak polis telah hadir ke rumah individu berkenaan bagi menerangkan tujuan kehadiran lalu di bawa ke Balai Polis Cheras untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan ke atas telefon bimbit individu tersebut mendapati aplikasi WhatsApp telah dinyahpasang menyebabkan bukti pembelian nombor ekor haram dalam talian tidak dapat diperolehi”.

Muhammad Idzam berkata, selepas selasai proses dokumentasi, individu tersebut telah dibebaskan tanpa syarat dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

Sehubungan itu, Muhmmad Idzam menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram