Pegawai Kesihatan memberikan suntikan Vaksin kepada sebahagian kanak-kanak pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 Hingga 12 Tahun di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEBANYAK 1,131,326 atau 31.9 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sejumlah 1,683,567 atau 47.5 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Tarikh akhir pemberian vaksin dos pertama COVID-19 bagi kanak-kanak menerusi PICKids adalah pada 31 Mei ini. 

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,910,553 atau 93.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 3,007,101 atau 96.6 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Baca artikel berkaitan: Covid-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin

Sementara itu, seramai 16,084,603 atau 68.4 peratus orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,173 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,249,459 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 9,883 dos harian diberikan semalam meliputi 2,129 suntikan penggalak, 3,945 dos kedua dan 3,809 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada 70,826,089

Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam di Johor.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram