Lagi kes rasuah urus jenazah dikesan, dua staf hospital ditahan

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan dua pembantu kesihatan sebuah hospital di negeri itu kerana disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM15,000 setiap seorang bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan pada 4.45 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Baca: KKM sedia beri kerjasama terhadap SPRM isu perolehan Covid-19

Rasuah dalam perolehan perkhidmatan perubatan antara yang dikesan SPRM

Urus jenazah pun kena rasuah.. Semalam 3 didakwa, hari ini seorang lagi kakitangan hospital dikenakan tindakan sama

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan sebanyak RM300 bagi setiap pengurusan jenazah daripada individu tertentu sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This