Letupan bom, tembak menembak di sempadan Tak Bai, Thailand

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEJADIAN tembak menembak dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Naratwhiwat, Thailand yang bersempadan dengan daerah Tumpat, Kelantan malam tadi.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 malam tadi yang menyaksikan keadaan huru-hara dengan bunyi tembakan serta letupan tersebut.

Beberapa perkongsian video berhubung insiden itu turut menunjukkan beberapa orang awam cuba menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa keadaan.

Beberapa penduduk tempatan yang tinggal berdekatan sempadan tersebut turut menyatakan mereka merasai gegaran hasil daripada letupan bom tersebut.

Difahamkan, insiden itu melibatkan pertempuran pihak berkuasa Thailand yang dijadikan sasaran.

Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun mengesahkan kejadian itu berlaku di sempadan Tumpat.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa Thailand.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This