SPRM tahan 4 kakitangan hospital terlibat rasuah pengurusan jenazah

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan empat kakitangan di sebuah hospital di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima suapan antara RM1,000 dan RM5,000 setiap seorang bagi kerja-kerja berkaitan pengurusan jenazah.

Menurut sumber, dua suspek merupakan pembantu kesihatan dan dua lagi adalah penolong pegawai perubatan berusia antara 35 dan 41 tahun itu ditahan kira-kira 6 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, kesemua suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan daripada individu tertentu sebagai balasan untuk pihak berkenaan terus mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi tempoh 2018 hingga 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

BERITA BERKAITAN Urus jenazah pun kena rasuah.. Semalam 3 didakwa, hari ini seorang lagi kakitangan hospital dikenakan tindakan sama

Katanya tiga daripada suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman, manakala seorang lagi suspek yang merupakan penolong pegawai perubatan berusia 41 tahun akan dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor kesihatan selepas memberi keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pada 27 Mei lepas, dua pembantu kesihatan masing-masing berusia 40 dan 42 tahun direman lima hari oleh SPRM bagi membantu siasatan kes sama.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This