Polis rampas 1.35 tan daun ketum berdekatan R&R Gurun

Dari Penulis


POLIS berjaya menumpaskan cubaan dua lelaki menyeludup daun ketum seberat 1.35 tan ke Johor Bharu dalam satu operasi di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, malam tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Supt Mohd Mahiri Hussin, kedua-dua suspek berusia 26 tahun itu ditahan semasa sekatan jalan raya Op Bersepadu Luaran dijalankan kira-kira 11.30 malam semalam.

Jelas beliau, kelibat sebuah lori yang dilihat dalam keadaan mencurigakan membuatkan pegawai da anggota dari Polis Peronda Lebuh Raya (EMPV) Zon Utara 1 bertindakn untuk melakukan penahanan seterusnya melakukan pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan di bahagian belakang lori telah menjumpai 135 bungkusan plastik hitam yang mengandungi daun hijau dipercayai ketum.

“Setiap satu bungkusan plastik itu adalah seberat 10 kilogram dan anggaran keseluruhan berat bungkusan 1.35 tan.

“Kedua-dua suspek berasal dari Johor Bharu dan dipercayai mengambil daun ketum berkenaan di Pokok Senan untuk dihantar ke Kluang dan Johor Bharu,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Baca artikel berkaitan: Tiga termasuk wanita ditahan proses air ketum di Kajang

Mengulas lanjut, Mohd Mahiri berkata, kedua-dua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, Mohd Mahiri berkata, seramai sembilan pegawai dan 56 anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) terlibat dalam operasi yang bermula pada jam 9 malam itu.

Jelasnya, sebanyak 52 saman telah dikeluarkan pihak polis kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan manakala JPJ pula mengeluarkan 24 saman atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan jalan raya yang dikesan adalah membawa lebih muatan, membawa muatan berbahaya dan lesen tamat tempoh.

“AADK pula melakukan saringan air kencing terhadap 33 individu dengan enam daripadanya positif dadah jenis methamphetamine dan heroin,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rebat RM200 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga menerusi NUR@PETRA bermula Julai

PENGGUNA boleh menikmati rebat sebanyak RM200 bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga menerusi pelaksanaan program Nikmat...

More Articles Like This