SEORANG pemandu maut selepas lori yang dipandu dilanggar sebuah lagi lori dari arah belakang dalam satu kemalangan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada pukul 11.14 pagi.

Katanya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Pelabuhan Klang telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba 22 minit kemudian.

“Kedua-dua pemandu lori dalam perjalanan menghala ke Pelabuhan.

“Lori yang dipandu mangsa, Zulkilnaziadin Hassan, telah hilang kawalan dan terbalik ke bahu jalan selepas bergesel dengan sebuah lori kontena yang di parkir di kawasan kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pemuda ditemui maut di dalam McLaren

Katanya, mangsa berusia 44 tahun disahkan meninggal di tempat kejadian manakala pemadu sebuah lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa telah tersepit pada bahagian hadapan dan mengalami cedera parah di kepala,” ujarnya.

Mayat telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram