Haziq Hussni dedah wajah & nama bayi ketiga

Dari Penulis

PENGACARA dan penyampai radio Hot FM , Haziq Hussni memuat naik posting terbarunya di Instagram, berkongsi foto dan nama penuh anak ketiganya yang diberi nama Charissa Azzahra.

Terdahulu, isteri kepada penyampai radio itu, Ayunda Putri, selamat melahirkan Charissa pada 25 Mei lalu tepat jam 9:52 pagi. 

Dalam perkongsian baharu foto bayi ketiganya itu, Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 31, mengumumkan secara terperinci berkenaan tarikh lahir beserta berat badan bayinya itu. 

“MashaAllah Tabarakallah.

“Assalamualaikum. Nama saya Charissa Azzahra Binti Muhammad Haziq Irfan.

“Lahir 25 Mei 2022. 9:52 pagi (952am), 3.05 kilogram (kg).

“Semoga awak membesar menjadi anak yang sihat, berjaya dan solehah,” tulisnya pada ruangan kapsyen. 

Serentak dengan perkongsian tersebut, peminat serta rakan selebriti juga turut mengirimkan ucapan tahniah atas kelahiran bayi ketiganya itu.

“Muka macam bapa (daddy) sangat… tahniah korang,” tulis Elyy Mazlein pada ruangan komen.

“MasyaAllah cantik sangat (so pretty)… tahniah korang,” komen Ezlynn Ariffin.

“Tahniah brozi (Haziq),” komen Luca Sickta.

Untuk rekod, Haziq dan Ayunda mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2016 di kediaman keluarga pihak lelaki di Puncak Setiawangsa, Kuala Lumpur. 

Pasangan itu juga sebelum ini sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Heidy Nufael,5, dan Chayra Auliya,4.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This