Operasi perkhidmatan LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi ini sempena perlawanan Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil. GAMBAR: Abd Razak Aid

BERITA baik buat penyokong skuad Harimau Malaya yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hari ini selepas operasi transit aliran ringan (LRT) akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan, tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada pukul 12.03 tengah malam.

Pengendali perkhidmatan LRT itu berkata, operasi bagi tren terakhir menuju ke Putra Heights pula berlepas pada pukul 12.44 tengah malam.

Menurut Rapid KL, tren tambahan akan disediakan bagi membawa penumpang setelah selesai perlawanan.

“Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek; dan ke MRT Laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat.

“Lebih 50,000 penyokong dijangka akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Baca artikel berkaitan: Kami masih perlu kerja keras menentang Bahrain – Darren

“Pengangkutan LRT menjadi pilihan utama untuk ke stadium bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, para penyokong dinasihatkan membeli token perjalanan balik lebih awal sebelum masuk ke stadium atau pun menggunakan kad Touch ‘n Go untuk memudahkan urusan.

Malaysia akan menentang Bahrain dalam perlawanan kedua Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di SNBJ.

Skuad Harimau Malaya berjaya memperoleh kemenangan bergaya 3-1 ketika mengejutkan Turkmenistan di ranking ke-134 dunia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram