KUSKOP sedia beri pinjaman kepada usahawan buku – Noh Omar

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedia membantu usahawan buku yang memerlukan pinjaman sebagai usaha meringankan beban golongan itu.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan seumpama itu wajar memandangkan pengoperasian industri buku memerlukan kos bagi menyediakan kemudahan pengangkutan seperti lori serta alat pencetakan.

“Usahawan-usahawan yang terlibat dalam dunia usahawan buku ini, insya-Allah saya sebagai menteri KUSKOP akan cuba memberikan bantuan semampu boleh,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.

Menurutnya, terdapat syarikat pencetakan yang diberikan bantuan peralatan, mesin pencetak dan peralatan periklanan sehingga RM500,000 berbentuk geran.

“Jadi dengan agensi-agensi yang ada di bawah KUSKOP, saya mengharapkan bahawa usahawan-usahawan yang terlibat dengan dunia buku untuk tampil ke hadapan, anda semua adalah usahawan yang harus kita sokong,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Pemartabatan bahasa kebangsaan perlu komitmen seluruh masyarakat – Anwar

Sementara itu, Noh berkata, usahawan buku yang terkesan dengan bencana banjir boleh memohon pinjaman sehingga RM100,000 tanpa faedah.

“Kita masih ada RM100 juta yang diberikan oleh kerajaan dan kalau ada golongan usahawan mikro yang terlibat dalam (bidang usahawan) buku dan sebagainya, yang masih terkesan dengan banjir, boleh datang berjumpa KUSKOP,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This