SEORANG lelaki warga China cedera selepas ditikam rakan senegara dalam satu kejadian di wilayah Cengkareng, Jakarta Barat pada Jumaat.
Memetik laporan indozone.id, motif kejadian dikatakan berpunca akibat cinta, tetapi butiran lengkap masih dalam siasatan pihak polis.
Video mangsa berusia 33 tahun itu tular di Indonesia, selepas rakaman kamera litar tertutup menunjukkan suspek bertengkar mulut selepas menikam dengan sebilah pisau.
Mangsa ketika itu sedang duduk di dalam sebuah bilik sambil memegang telefon sebelum suspek muncul di pintu.
Suspek kemudian terus meluru masuk ke dalam bilik dan menusuk pisau ke badan mangsa.
Baca artikel berkaitan: Penyamun maut selepas berbalas tembakan dengan polis
Sementara itu, Polis Metro Jakarta Barat berkata, pihaknya berjaya menangkap suspek
Ketua Unit Jenayah Polis Metro Jakarta Barat, Asisten Komisioner Avrilendy berkata, suspek berusia 36 tahun itu telah ditahan di Tanjung Duren, Jakarta Barat pada malam semalam.
Jelasnya, suspek yang juga warga China berusia 36 tahun itu merupakan rakan kepada mangsa.
Menurutnya mangsa ditikam pada bahagian bawah perut sebelah kiri yang kemudian dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

