Deutsche Bank desak percepat pindah wang AS$1 bilion kerana Najib ingin buat kenyataan akhbar

Dari Penulis

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Deutsche Bank (M) Berhad (DBMB) mendesak agar pindahan wang sebanyak AS$1 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercepat kerana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ingin membuat kenyataan akhbar mengenai projek usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).

Bekas Pengarah Urusan DBMB (Ketua Jualan Korporat Pasaran Global) Jacqueline Ho Yek Wan, 51, berkata bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee meminta DBMB melakukan pemindahan dana itu secepat mungkin kerana adalah penting untuk berbuat demikian memandangkan ia adalah transaksi kerajaan kepada kerajaan. 

“Beliau terus-terusan mendesak DBMB agar mempercepat proses pemindahan wang itu kerana Najib ingin membuat kenyataan akhbar mengenai projek usaha sama 1MDB dengan PSI. Oleh itu, kami digesa mempercepat proses kiriman wang AS$1bilion itu ke dalam kedua-dua akaun.

“Sebanyak AS$1 bilion telah dipindahkan melalui dua transaksi. Transaksi pertama ialah AS$300 juta kepada JP Morgan SA bagi akaun bernombor 7619400 manakala transaksi kedua ialah AS$700 juta kepada RBS Coutts Bank Ltd bagi akaun bernombor 11116073. Kedua-dua transaksi berlaku pada 3.14 petang dan 3.21 petang 30 Sept 2009,” katanya.

BERITA BERKAITAN CEO beritahu 1MDB hanya berurusan dengan Najib – Bekas TKSU MoF

Saksi pendakwaan ke-30 itu berkata demikian ketika membaca pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Najib membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB. 

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This