Polis hadir ke tempat kejadian selepas menerima laporan kematian seorang pelajar sarjana di sebuah universiti dekat Serdang pada malam tadi.

SEORANG pelajar sarjana tahun akhir ditemui meninggal dunia bersendirian di dalam bilik sebuah kolej kediaman dekat Universiti Putra Malaysia, Serdang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan mayat pelajar lelaki itu pada pukul 7.45 malam.

Katanya, siasatan mendapati rakan mangsa telah pergi ke bilik pelajar tersebut pada pukul 4.30 petang kerana telah lama tidak berjumpa sebelum terhidu bau yang busuk datang dari arah bilik mangsa.

Rakannya itu kemudian telah memaklumkan kepada felo kolej sebelum bertindak membuka pintu menggunakan kunci pendua.

“Apabila pintu dibuka, mangsa berusia 29 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar panjang serta terbaring di atas lantai dekat tepi katil dengan keadaan bilik berbau busuk,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam ini.

Baca artikel berkaitan : Tiga remaja cedera bergesel sesama sendiri

Jelasnya, kali terakhir mangsa dilihat adalah dua hari lepas.

Mengulas lanjut, hasil siasatan mendapati barangan berharga seperti komputer riba dan telefon masih di dalam bilik.

Pasukan forensik dan siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikesan dekat tempat kejadian.

Katanya, kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat akan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram