Polis cari Honda City VAG 8183 guna lorong motosikal

Dari Penulis

POLIS kini mengesan pemandu kereta Honda City dengan nombor pendaftaran VAG 8183 selepas bertindak memandu di lorong motosikal dekat Kilometer 34.1, Lebuhraya Persekutuan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi sebuah video yang tular pada pukul 5 pagi tadi.

Jelasnya, ketika kejadian pemandu Honda City dipercayai sedang memandu menghala ke Shah Alam dari arah Petaling Jaya.

Katanya, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

“Polis meminta pemandu Honda City dan saksi tampil ke balai polis atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 013-3752511 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Pelajar sarjana tahun akhir ditemui mati dalam bilik

Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohamad Fakhrudin mengingatkan agar semua pengguna jalan raya mematuhi papan tanda jalan bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This