Tradisi kewartawanan serumpun harus terus dipertahankan – Johan Jaaffar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TRADISI kewartawanan serumpun antara wartawan Malaysia dan Indonesia yang akrab sewajarnya diteruskan untuk jangka masa yang panjang. 

Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menegaskan, pimpinan politik boleh datang dan pergi tetapi wartawan terus bertahan lama. 

Malah, beliau berkata, wartawan serumpun Malaysia dan Indonesia memerlukan antara satu sama lain. 

Menurut Johan, peranan wartawan akan terus kukuh berdasarkan kepada profesionalisme; kekuatan dan keupayaan seseorang wartawan. 

“Saya sangat gembira melihat teman-teman daripada pelbagai penerbitan dapat bersama kita selama beberapa hari ini untuk melihat Malaysia dari kaca mata berbeza. 

“Saya doakan kita terus berukhwah, bersahabat, mengenali sesama kita dengan lebih baik kerana pada akhirnya, kita memerlukan antara satu sama lain. 

“Kita sudah berada di sini selama puluhan tahun tetapi pada waktu sama kita harus meneruskan tradisi ini (bukan itu sahaja) kita juga harus pertahankan kemurniaan, kebebasan, maruah dan integriti kita,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis jamuan makan malam Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) sempena program Lawatan Setia Kawan Media Indonesia ke Malaysia, malam tadi. 

Delegasi media Indonesia diraikan dalam satu sesi majlis makan malam, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Lawatan ke Malaysia lengkap dapat jumpa Upin & Ipin – Media Indonesia

Program lawatan tersebut adalah kesinambungan daripada Program Pemimpin Media Utama Indonesia yang hadir pada Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di Melaka, 19 Mei lepas.

Iswami ditubuhkan pada 8 Jan 2008 dan dianggotai pelbagai agensi, pertubuhan serta organisasi media Malaysia manakala Iswami Indonesia dipimpin oleh Asro Kamal Rokan.

Sementara itu, Presiden ISWAMI, Datuk Mokhtar Hussain berpandangan pengamal media Indonesia dan Malaysia perlu memanfaatkan aplikasi media sosial untuk kekal berhubung bagi berkongsi perkembangan yang berlaku di kedua-dua negara. 

Mokhtar berkata, medium tersebut sekali gus menjadi platform pemerkasaan hubungan akrab sedia ada antara pengamal media kedua-dua negara itu.

“Ada baiknya media dari dua negara ini (Malaysia-Indonesia) sentiasa berkongsi perkembangan negara masing-masing.

“Sebagai contoh, kita telah tubuhkan kumpulan Whatsapp yang membolehkan kita berhubung setiap hari,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This