Pemimpin lain jangan campur tangan soal Ismail Sabri, Muhyiddin

Dari Penulis

PEMIMPIN lain diingatkan supaya tidak mencampuri urusan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Isu melibatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri timbul selepas Muhyiddin memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, isu berkenaan menjadi hangat serta kelam kabut apabila ada individu lain termasuk mereka yang tidak terbabit cuba campur tangan.

Menurut Annuar, prinsip beliau mudah dan dalam soal berbangkit itu adalah membabitkan Perdana Menteri Kelapan dan Kesembilan, biar mereka menanganinya.

Baca artikel berkaitan: Kemelut dalaman hanya melemahkan parti, kata Annuar Musa

“Kedua-dua mereka amat tahu tentang selok belok dan letak duduknya satu-satu perkara. Jadi, orang lain termasuk saya tidak perlu buat nasi tambah.

“Saya rasa orang lain tidak perlu campur. Baik kita berfikir dan bercakap untuk menolong rakyat di kawasan kita. Tumpukan membantu rakyat, bukannya setiap hari bercakap isu politik,” katanya seperti dilapor BH Online.

Beliau mengulas gesaan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang meminta Annuar memberi penjelasan berhubung perjanjian politik antara Ismail Sabri dan Bersatu seperti mana didedahkan Ketua Penerangan, Wan Saiful Wan Jan.

Nur Jazlan secara sinis dilaporkan berkata, Annuar yang sebelum ini lantang menjadi ‘jurucakap Bersatu’ mungkin tahu mengenai hal itu dan wajar memberi penjelasan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This