Indonesia beku pekerja: Malaysia masih ada 15 negara lain – Hamzah

Dari Penulis

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Malaysia masih mempunyai 15 negara sumber lain bagi pengambilan pekerja asing untuk bekerja di negara ini.

Katanya, ini susulan Indonesia membekukan sementara kemasukan tenaga kerja negara itu berkuat kuasa serta-merta.

“Kita ada banyak warga asing yang datang duduk bekerja. Negara sumber nombor satu adalah Bangladesh, dan kita ada 15 lagi negara sumber,” jelasnya memetik laporan Astro Awani, hari ini.

Hari ini, Indonesia dilaporkan membeku penghantaran semua pekerja ke Malaysia serta-merta berikutan pelanggaran syarat-syarat dalam Memorandum persefahaman (MoU) bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono mengesahkan bahawa surat rasmi berhubung keputusan ini telah diserahkan kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan semalam.

BERITA BERKAITAN Indonesia beku hantar pekerja: Kerajaan bincang cara tangani, KDN pertikai kenapa sistem online jadi isu?

Antara lain, langkah itu diambil berikutan penggunaan Sistem Maid Online (MOS) oleh Jabatan Imigresen Malaysia dalam pengambilan pekhidmat domestik Indonesia merupakan pelanggaran MoU yang ditandatangani pada 1 April lalu.

Mengulas lanjut, ujar Hamzah, kementeriannya mengambil serius dalam memastikan setiap tenaga kerja asing yang memasuki Malaysia mengikut syarat yang ditetapkan.

Malah ujarnya, penggunaan MOS dalam pengambilan pekerja domestik bukan hanya tertumpu tenaga kerja warga Indonesia, sebaliknya untuk kesemua 15 negara sumber.

“Saya nak maklumkan permohonan secara atas talian itu dah umumkan kepada dunia, boleh kita gunakan sistem online takkan ada orang kata tidak boleh sistem ‘online’. Kenapa pula? Ini sistem yang kita gunakan.

“Jadi ia bukan hanya untuk Indonesia tapi untuk semua warga asing datang (bekerja) yang perlukan visa boleh buat secara atas talian,” jelasnya lagi.

Tambahnya, sistem MOS yang digunakan bertujuan memastikan setiap warga asing yang ingin bekerja di Malaysia mempunyai dokumentasi lengkap.

“Yang penting kepada semua untuk memahami bahawa, kita ingin memastikan semua tenaga kerja asing mempunyai dokumen yang lengkap jika mereka ingin datang dan tinggal di negara ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This