Tangkap layar rakaman suspek bertindak menampar belakang kepala mangsa kerana tidak memandang muka sewaktu bersalaman usai solat asar.

HANYA kerana tidak memandang muka sewaktu bersalaman, seorang anggota tentera ditampar dari belakang oleh seorang pesara tentera selepas selesai solat asar.

Kejadian dilapor berlaku di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pukul 5.10 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian daripada mangsa berusia lingkungan 30-an.

Jelasnya, mangsa telah bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum secara tiba-tiba di dipukul dari arah belakang kepala.

“Pukulan tersebut telah mengena telinga kanan sehingga membuatkan mangsa mengalami sakit di belakang kepala dan telinga” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan mendapati kejadian berpunca kerana mangsa tidak memandang muka suspek sewaktu bersalaman.

“Suspek berang kerana beranggapan mangsa bersikap kurang ajar”.

Baca artikel berkaitan : Bersalam Cium Tangan: Sunah Atau Budaya?

Beliau berkata, mangsa dan suspek telah dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Manjung untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, mangsa tidak mahu meneruskan siasatan dan telah menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Kes kini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya.

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram