DUA lagi suspek pembunuhan warga asing di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur ditangkap, semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek berusia 40 dan 46 tahun itu ditangkap di kawasan Brickfields dan Petaling Jaya pada pukul 12.55 tengah hari sehingga 2 petang.
Beliau berkata, kedua-dua supek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan.
“Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kelmarin, UtusanTV melaporkan polis menerima maklumat berlaku pergaduhan di lokasi terbabit.
Baca artikel berkaitan : Suspek utama kes bunuh di Jalan Tun H.S Lee diburu
Siasatan di tempat kejadian telah menjumpai tiga lelaki warga asing berusia 30 tahun hingga 40 tahun dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.
Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada lelaki berkenaan sudah meninggal dunia, manakala dua lagi mengalami cedera parah di bahagian badan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
Mengulas lanjut, seorang lelaki warga asing berusia 52 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes.
Sehingga kini, seramai tiga suspek warga asing ditahan bagi membantu siasatan.
Sehubungan itu, polis memohon kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

