PM sampaikan hasrat kerajaan kepada empat duta besar Malaysia

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan hasrat dan aspirasi kerajaan kepada empat Duta Besar Malaysia yang telah menerima watikah pelantikan baru-baru ini.

Hasrat dan aspirasi itu disampaikan oleh Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat keempat-empat Duta Besar di Putrajaya.

“Dalam pertemuan ini, saya telah menyampaikan hasrat dan aspirasi kerajaan kepada duta-duta ini apabila menjalankan tugas di negara penempatan masing-masing kelak.

“Ini termasuklah usaha mempertingkatkan kerjasama dua hala sedia ada dan meneroka peluang pelaburan serta bidang kerjasama baharu yang menguntungkan negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Datuk Lim Juay Jin dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar.

Baca: Agong kurnia watikah kepada empat duta baharu, tiada Tajuddin

Pada pertemuan itu, Ismail Sabri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua Duta Besar berkenaan.

“Sentiasalah memelihara dan memartabatkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” jelas Perdana Menteri.

Pada 12 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara di Istana Negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan kekal iktiraf kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KERAJAAN Persekutuan kekal mengiktiraf kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah. Mengulas mengenai perkembangan...

More Articles Like This