Oktober atau November tempoh sesuai adakan PRU-15 – Mohamad Hasan

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berpendapat Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15)

Beliau secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan.

“Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir.

“Secara lazimnya, pembentangan bajet akan dibuat pada minggu ketiga Oktober, jadi kita awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama.

“Habis sahaja bentang bajet, kemudian bubar dan ia akan ambil masa dalam satu bulan setengah untuk PRU diadakan jadi ia masih berada pada awal dan pertengahan November.

“Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah,” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, memetik laporan Harian Metro.

BERITA BERKAITAN Pas mahu terus bersama MN, PN dalam PRU-15

Katanya, jangkaan waktu atau ‘time frame’ kedua selepas 30 Julai sehingga akhir tahun ini sebagai tempoh untuk BN melihat apa jua peristiwa strategik untuk parti, dan sekiranya PM bubarkan Parlimen, sudah tentu ia berada dalam keadaan mempunyai peluang atau ‘advantage’.

“Janganlah bubar, kemudian kita tidak mempunyai ‘advantage’ kerana ia seperti membuang peluru,” katanya.

Mengenai lanjutan memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH), Mohamad berkata, pihaknya menghormati tempoh MoU berkenaan yang akan tamat pada 30 Julai ini.

“Kita faham berhubung tarikh 30 Julai itu dan kita hormatinya. Kita akan lihat dulu perkembangannya sebelum merangka strategi dan sebelum ini, memanglah kita mahu PRU diawalkan namun disebabkan adanya MoU ini maka kita hormatinya.

“Namun, kita mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU berkenaan. Jika sudah bebas maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti seterusnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gelaran ‘Tan Sri’ kepada Isa Samad ditarik balik

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan penarikan balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan...

More Articles Like This