KEPEMIMPINAN Pas masih berharap untuk meneruskan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) di samping Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana Pas tidak berganjak daripada membawa agenda perpaduan ummah.
Pada masa sama, Abdul Hadi turut memaklumkan parti itu bersetuju untuk mengadakan perbincangkan tentang isu penggunaan logo baharu PN dalam PRU-15.
Kata beliau, mesyuarat berhubung perkara itu akan diadakan dalam masa terdekat.
“MN akan diteruskan kerana Pas membawa agenda perpaduan ummah, tidak berganjak.
“Masalah logo akan dibincangkan kemudian.
“Kita akan bersama dengan semua sekali termasuk MN dan PN. Setakat ini begitu,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Tolak PRU-15 dipercepat, Pas bukan gila kuasa
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Rakaman video percakapannya itu dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Abdul Hadi.
Menyentuh mengenai logo yang akan digunakan sekiranya Barisan Nasional (BN) terutama UMNO berhasrat meneruskan semula MN, Abdul Hadi berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bila tiba masanya.
Berhubung pengagihan kerusi dalam PRU-15, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memaklumkan perbincangan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
“Tarikh PRU pun belum diumumkan tetapi rundingan dilakukan dari semasa ke semasa.
“Persediaan (ke arah PRU-15) juga dah berjalan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

