“Tak baik tutup periuk nasi orang…” – Anna Jobling bidas komen jelik terhadap Tya Arifin, akui keberkesanan Mutyara

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KOMEN jelik yang dilemparkan kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Tya Arifin membabitkan produknya yang diusahakan baru-baru ini, mendapat maklum balas negatif dalam kalangan warganet.
 
Kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan komen yang ditulis selain menyifatkan ia tindakan yang sengaja untuk menjatuhkan maruah dan mencemarkan imej baik perniagaan dibina Tya Arifin.
 
Bukan sahaja dalam kalangan warganet dan pengguna setia jamu Mutyara, pelakon Anna Jobling yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus itu turut menyanggah komen yang disifatkan sengaja mahu menutup periuk nasi orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap dapat komen menjelikkan, Tya Ariffin akui sedih dengan tohmahan netizen
 
Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia antara pengguna yang sudah merasai sendiri jamu itu.
 
“Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap jamu Mutyara ini pahit. Tapi, sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba. Sebenarnya saya dah cuba dan tak pahit langsung. Tapi tak tahu kenapa orang cakap macam itu sebab rasanya manis.
 
“Rasa manisnya bukanlah manis buatan, tapi manis daripada bahannya seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat bagus dan tak pahit langsung. Sebelum nak komen, cuba dulu. Tak baik tutup periuk nasi orang,” katanya dalam hantaran video dimuat naik di Instagram.
 
Dalam masa sama, Anna menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum menulis komen.
 
“Sebelum nak ‘judge’ atau nak hentam barang orang cuba dulu dan baru komen. Saya harap Kak Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran,” ujarnya.
 
Hantaran dimuat naik Anna itu turut mendapat respons daripada Tya yang juga isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid.
 
“Terima kasih Anna sayang,” katanya.
 
Rentetan isu itu juga, Tya mengambil keputusan untuk memberikan 10,000 pek percuma untuk Trial Mutyara. Sesiapa yang ingin mencuba boleh tebus menerusi laman web www.mutyara.com
 
Perkongsian video Anna itu sudah mencecah lebih 386,000 tontonan, lebih 51,000 tanda suka dan lebih 500 komen.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This