Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang remuk teruk dalam kemalangan dengan Toyota Hilux, petang tadi.

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun menjadi antara lima mangsa yang dilaporkan meninggal dunia dalam nahas di Gerik, petang tadi.

Memetik laporan Astro Awani, nahas tersebut membabitkan dua kenderaan berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Titiwangsa.

Kanak-kanak tersebut dikenal pasti sebagai Zara Hana Ahmad Khomaini.

Selain itu, mangsa lain yang meninggal dunia dikenal pasti Mohd Rodhi Othman, 58 tahun; Ahmad Khomaini Abu, berusia 30-an; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 tahun dan Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 tahun.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza dan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

@utusantvofficial

Mangsa yang maut, Mohd Rodhi Othman, 58 tahun; Ahmad Khomaini Abu, berusia 30-an; Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 tahun dan Siti Aishah Mohd Rodhi, 32 tahun dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 5. #beritaditiktok #fyp #TrendingNewsMalaysia #alfatihah

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan: Seorang kanak-kanak maut, 8 cedera dalam kemalangan 4 buah kenderaan di LPT 2

Keadaan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Gerik, petang tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dikenal pasti.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan kejadian melibatkan tujuh orang mangsa yang mana dua mengalami cedera ringan.

Katanya lagi, mangsa-mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya.

Manakala mangsa-mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram