PM hadir di AKM Kelantan

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini bagi merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 10 pagi disambut Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa yang juga penyelaras AKM Kelantan.

AKM Kelantan yang bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital membuka tirai semalam hingga esok, bakal memanfaatkan Keluarga Malaysia di negeri ini dengan pelbagai program rakyat dan digitalisasi selaras dengan hasrat kerajaan dalam usaha memantapkan pendigitalan negara. 

Baca artikel berkaitan: AKM Kelantan: Karnival Jamin Kerja antara tumpuan utama

Menerusi pengisian program daripada 26 kementerian, warga Kelantan yang datang sepanjang tiga hari program jelajah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Bagi memudahkan pergerakan Keluarga Malaysia di Kelantan datang berkunjung ke program jelajah, perkhidmatan bas perantara (shuttle bus) percuma disediakan di empat lokasi iaitu Zon A: Parkir Pejabat Kebudayaan Kelantan, Zon B: Masjid Kubang Kerian, Zon C: RTC Tunjong dan ZON D: Dataran Lembah Sireh (Lotus’s).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This