AKM Kelantan: Karnival Jamin Kerja antara tumpuan utama

Dari Penulis

KARNIVAL Kerjaya Jamin Kerja yang diadakan sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan menjadi antara tumpuan pengunjung, terutama pencari kerja ke AKM hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati 316 pengunjung termasuk pencari kerja daripada kalangan graduan universiti mengunjungi reruai itu setakat 12.30 tengah hari tadi.

Malah ada antara pengunjung yang ditemui begitu teruja untuk datang ke karnival berkenaan sehingga sanggup menunggang motosikal sejauh lebih 50 kilometer semata-mata untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang memperoleh pekerjaan ditawarkan.

Mohd Nasrul Hashim, 25, bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) memberitahu Bernama beliau cukup teruja ke karnival itu untuk mencari kerja baharu, selepas berhenti sebagai pelayan restoran di sebuah kedai makanan segera di Tanah Merah.

“Saya bersama rakan naik motor datang sini (Kota Bharu) dari Kampung Bukit Gading di Tanah Merah ke jelajah AKM ini untuk mencari kerja dan saya berada di sini seawal 10 pagi lagi,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Sosiologi dan Antropologi) itu.

Fariza Adyani Mohd Na’im, 25, pula berkata karnival di Stadium Sultan Muhammad IV itu memudahkan beliau mencari pekerjaan tetap selepas menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di Management and Science University (MSU), Shah Alam tahun lepas.

Baca: AKM Kelantan: Jualan minyak masak peket jadi perhatian

‘Bekwoh Keluarga Malaysia’ tarikan Jelajah AKM di Kelantan

“Sebelum ini saya kerja dalam industri perhotelan. Saya datang sini untuk cari kerja tetap dan saya lebih tertarik dengan program protege untuk mengasah pengalaman dan kemahiran.

“Menerusi karnival ini, saya sudah menghantar permohonan kerja kepada lebih lima syarikat, antaranya Maybank,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan hampir 4,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi program Jelajah AKM Kelantan yang bermula hari ini hingga Ahad ini, melibatkan 28 majikan daripada pelbagai industri.

Jelajah AKM adalah kesinambungan kepada penganjuran 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia diadakan di 14 lokasi di seluruh negara dengan pengisian program berbentuk perkhidmatan kepada rakyat.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This