MENJADIKAN Tok Bali sebagai pusat pertumbuhan baharu adalah satu daripada pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung projek pembangunan negeri Kelantan.
Menurut Perdana Menteri, Tok Bali disasarkan menjadi pusat pertumbuhan baharu menerusi insentif cukai khas serta projek berimpak tinggi.
Jelas beliau, ia akan dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) iaitu Taman Industri Tok Bali (TBIP), Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dan infrastruktur luaran bagi pelabuhan Tok Bali.
“Usaha ini dapat menyumbang ke arah mencapai sasaran pelaburan sebanyak RM2.3 bilion pada masa akan datang.
“Ia juga dijangka menjana sebanyak 4,200 peluang pekerjaan baharu dan 270 peluang keusahawanan untuk penduduk tempatan.
“Kerajaan juga akan membina sebuah kompleks digital pelbagai guna berkonsepkan hiburan sukan, melibatkan kos RM6 juta, di kawasan seluas 23 hektar di Ketereh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV hari ini.
Baca artikel berkaitan: Pencapaian Perodua membanggakan negara – Perdana Menteri
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, Pakej Central Spine Road (CSR) sepanjang 191 kilometer dengan kos RM7.7 bilion, antara Gua Musang hingga Kuala Krai, dijangka siap pada tahun 2026.
Jelas beliau, ia akan memudahkan perjalanan rakyat serta meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
Selain itu, katanya, sebanyak 12 projek pembinaan klinik kesihatan serta kuarters dijangka siap dibina pada tahun ini.
Tambahnya, dua lagi projek pembinaan klinik kesihatan dalam pembinaan iaitu di Gua Musang dan hospital Bachok yang merangkumi 76 buah katil dijangka siap tahun hadapan.
“Pembinaan Jambatan Palekbang di Tumpat akan menjadi pemangkin kepada pembangunan baharu pula dijangka siap pada tahun 2025.
“Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM2.6 bilion melibatkan 88 projek merangkumi 64 projek sambungan dan 24 projek baharu di negeri ini.
“Kelantan juga akan memperoleh manfaat daripada Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan menghubungkan Kota Baharu ke Pelabuhan Klang melibatkan jaringan kawasan 43.86km dan mempunyai dua stesen iaitu stesen penumpang dan kargo di Pasir Puteh dan stesen penumpang di Tunjong, Kota Bharu.
“Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang sedang dinaik taraf mampu menampung kapasiti penumpang daripada 1.5 juta kepada 4 juta setahun dan dijangka siap tahun 2025,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

