Peserta Perhimpunan #Turun bantah kenaikan harga barangan akan dipanggil polis

Dari Penulis

POLIS akan memanggil seramai 30 individu termasuk penganjur yang menyertai himpunan membantah kenaikan harga barang #Turun yang diadakan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semalam bagi memberi keterangan, pada Isnin dan Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata, kesemua identiti individu terbabit akan disahkan sebaik proses memberikan keterangan selesai pada Selasa.

“Setakat ini 30 orang termasuk penganjur akan dipanggil pada Isnin dan Selasa (25/7/22 & 26/7/22).

Identiti Individu yang dipanggil akan disahkan selepas rakaman keterangan selesai,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Semalam, Noor Dellhan memaklumkan polis membuka satu kertas siasatan terhadap Himpunan Turun Harga Barang yang diadakan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Jelas beliau, perhimpunan yang berlangsung selama satu jam itu didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang, dan dihadiri kira-kira 100 individu terdiri daripada mahasiswa serta ahli politik.

Media melaporkan antara individu yang akan dipanggil termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hospital baharu 400 katil bakal dibina, atasi kesesakan kritikal di Melaka

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti pembinaan Hospital Hang Tuah Jaya di Durian Tunggal sebagai keperluan mendesak bagi menangani masalah...

More Articles Like This