Pemandu BMW rentung, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG lelaki rentung ditemukan rentung selepas tersepit di bahagian pemandu kereta BMW dalam kemalangan berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang menghala ke Batu Bakar, pagi tadi.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Sulaiman berkata, kemalangan itu melibatkan empat kenderaan yang mana tiga daripadanya terbakar.

Jelasnya, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi itu membabitkan kereta jenis BMW, Perodua Myvi, Honda City serta sebuah van pekerja kilang jenis Nissan.

Menurutnya, mangsa yang rentung ditemukan tersepit di bahagian pemandu kereta BMW, yang terbakar kira-kira 90 peratus. 

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kebakaran didapati melibatkan sebuah kereta BMW dan van pekerja kilang jenis Nissan terbakar 90 peratus.

“Manakala sebuah kereta Perodua Myvi terbakar 60 peratus. Kereta Honda City tidak terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

@utusantvofficial

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.10 pagi, membabitkan sebuab BMW, Perodua Myvi, Honda City serta van pekerja kilang. Lokasi berhampiran Jambatan Permas Jaya, Lebuhraya EDL, Pasir Gudang | Muhamad Ramadhan. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan: Jenazah lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumi

Mengulas lanjut, Mohd Faiz berkata, pemandu lelaki Perodua Myvi dan Honda City masing-masing berusia 34 dan 52 tahun itu dilaporkan selamat.

Jelas beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 8.10 pagi tadi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Terlajak kata buruk padahnya’ – Fahmi beri ingatan kepada Onn Hafiz

"TERLAJAK kata buruk padahnya". Demikian tegas Datuk Fahmi Fadzil kepada Datuk Onn Hafiz susulan kenyataan Menteri Besar Johor itu menolak...

More Articles Like This