NEGARA kehilangan tokoh korporat ternama, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 7.45 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan anak kepada Allahyarham, Felina.
Pengasas syarikat hartanah, MK Land itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN).

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

