TIDAK mudah tetapi tidak mustahil. Itu keyakinan yang dizahirkan Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohammad Hasan tentang potensi untuk mengalahkan DAP di Pulau Pinang.
Menurut Mohamad, potensi BN itu dapat dilihat menerusi kemenangan dalam pilihan raya kecil (PRK) di Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini.
Jelas beliau, dalam siri PRK itu, BN telah berjaya merampas kerusi-kerusi tradisi yang dikuasai DAP.
“Kami perlu melakukan penambahbaikan terlebih dahulu, barulah kita boleh keluar menghadapi peperangan PRU sebagai satu pasukan dan keluarga besar BN.
“Kita belum berbincang soal jumlah kerusi yang akan ditandingi dan calon. Ini akan ditentukan oleh pimpinan parti,” katanya memetik laporan Bernama.
Baca artikel berkaitan: Oktober atau November tempoh sesuai adakan PRU-15 – Mohamad Hasan
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi isyarat yang betul bagi mencari waktu sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Jelas Mohamad, beliau akan pergi ke seluruh negara dan membentangkan hasil dari lawatan kerja itu di peringkat jawatankuasa pengurusan dan biro politik BN.
“Kita akan habiskan (pembentangan laporan PRU) sebelum pertengahan Ogos ini,” kata beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

