PERIKATAN Nasional (PN) akan mengadakan konvensyen parti itu pada 27 Ogos depan sempena sambutan ulang tahun kedua gabungan tersebut.
Keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN, malam tadi yang dipengerusikan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut Muhyiddin, mesyuarat berkenaan telah dihadiri presiden parti-parti anggota PN dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Antara yang hadir adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN; Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.
“Malam tadi saya mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dihadiri oleh Presiden parti-parti anggota PN dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.
“Mesyuarat pada malam tadi bersetuju untuk mengadakan Konvensyen PN pada 27 Ogos 2022 sempena sambutan ulang tahun kedua PN,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Baca artikel berkaitan: Pas mahu terus bersama MN, PN dalam PRU-15
Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan mesyuarat berkenaan turut membincangkan persiapan-persiapan penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Selain itu, beliau juga melaporkan beberapa perkembangan terkini gabungan itu termasuk pelancaran PN Kelantan pada 2 Julai lalu.
Pada masa sama, beliau memaklumkan, gabungan itu juga akan melancarkan PN Terengganu, Sabtu ini.
“Saya telah melaporkan beberapa perkembangan terkini PN termasuk pelancaran PN Kelantan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat di negeri Kelantan dan pelancaran PN Terengganu di Marang pada 30 Julai 2022,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

