‘Abang long’ Parit Raja ditahan, tiada unsur gangsterism – polis

Dari Penulis

POLIS mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 37 tahun selepas video memarahi seorang peniaga buah wanita di Parit Raja, tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki itu ditahan susulan satu laporan polis yang diterima pihaknya daripada wanita tersebut pada pukul 11.45 malam, Isnin lalu.

Katanya, hasil soal siasat suspek yang juga merupakan seorang peniaga buah potong dan minuman mengakui telah memarahi mangsa kerana tidak mahu wanita itu menjaja di kawasan Parit Raja yang dikhuatiri boleh menjejas perniagaannya.

“Suspek telah mula berniaga di kawasan Parit Raja sehingga ke Kluang sejak dua tahun lalu dan tiada sebarang elemen gangsterism serta jenayah dikesan dalam kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, wanita berusia 40 tahun sebelum itu mengatakan telah dimarahi oleh suspek yang tidak dikenali semasa berniaga.

“Kejadian berlaku di perkarangan sebuah restoran di Parit Raja, Batu Pahat.

“Semasa kejadian, pengadu bersama anaknya menunggang motosikal menjaja dari sebuah kedai ke sebuah kedai yang lain pada waktu malam hari,” katanya.

@utusantvofficial

PART 1: Polis kata masih siasat dan minta saksi tampil membantu. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp #paritraja

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Baca artikel berkaitan : Mengikut Kajian Pakar, Lelaki Lebih Cenderung Berbuat Jahat. Patutlah Gangster Ramai Lelaki

Mengulas lanjut, mangsa telah menjaja buah potong di kawasan Tongkang Pechah sejak sepuluh tahun yang lalu sebelum meluaskan kawasan perniagaannya ke kawasan Parit Raja.

Sehubungan itu katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan saksi-saksi awam yang lain untuk mengesahkan keterangan kedua-dua pihak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This