Mayat wanita tanpa identiti ditemui terapung

Dari Penulis

MAYAT seorang wanita ditemui terapung di sebuah lombong berhampiran Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah, Bandar Bukit Jalil, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.51 pagi.

Sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dan Jalan Hang Tuah telah dikerahkan ke lokasi kejadian bersama jentera, bot dan kayak.

“Unit anggota bomba dari Pasukan Penyelamat di Air berjaya membawa naik mayat ke tebing sungai dengan menggunakan kayak pada pukul 12.16 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendapati mayat terbabit merupakan seorang wanita dewasa dan identiti belum dikenal pasti.

Baca artikel berkaitan : Mayat lelaki tanpa baju ditemui di dalam longkang

Jelasnya, mayat diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya 35 minit kemudian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This