[VIDEO] Nyanyian Awan Terpilu sumbang, ini jawapan Ning Baizura

Dari Penulis

SUSULAN penularan video penyanyi Ning Baizura yang dikatakan sumbang ketika mendendangkan lagu Awan Terpilu di sebuah ruang acara, dia menyifatkan klip terbabit seharusnya dikongsikan dari awal persembahan.

Menurut Ning,47, video yang tular di TikTok dan Twitter itu disifatkan sengaja mahu menjatuhkan reputasi dirinya.

“Sebenarnya saya buat persembahan selama empat hari berturut-turut. Setiap malam saya kena nyanyi 20 lagu, dah macam buat konsert. Tapi, dari dulu lagu setiap kali menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu saya memang akan sebak.

“Ini kerana saya terkenangkan arwah ayah. Berdasarkan video yang tular, itu adalah persembahan saya pada malam terakhir. Lagu itu pun adalah lagu yang terakhir. Penonton yang hadir pada malam itu kebanyakannya peminat. Mereka turut merasai perasaan saya yang sebak selain itu juga persembahan terakhir saya.

“Sesiapa yang menyanyi dalam keadaan sebak memang suara susah nak keluar. Itulah yang saya lalui. Saya pula memang kalau menyanyi akan beremosi terutamanya kalau lagu Awan Yang Terpilu ini. Peminat yang biasa menyaksikan persembahan saya memang tahu perkara ini dan selalu saya kongsikan betapa lagu ini penuh makna pada diri saya.

“Jadi, saya berasakan mereka yang tularkan video itu adalah tidak munasabah. Tindakan itu lebih kepada nak mencari kelemahan dan cuba nak menjatuhkan saya. Lagi pula, mereka tidak ada di tempat kejadian, jadi tidak tahu apa yang berlaku,” katanya memetik Harian Metro.

Sementara itu, Ning memberitahu masih banyak lagi persembahannya yang bagus dan jauh lebih baik daripada itu namun sebaliknya tidak ditularkan.

“Saya mahu menggunakan tular ini untuk positifkan semula apa yang berlaku. Kalau betul-betul nak dengar lagu ini kena datang persembahan saya pada masa akan datang. Kena tengok sendiri dan nilaikan.

“Persembahan yang bagus tak ada pun nak ditunjuk, tidak pula nak ditularkan. Di TikTok orang suka mencari negatif dan kekurangan dan tak munasabah apatah lagu buat sesuatu yang tak senonoh. Saya bukan orang sebegitu yang nak ambil peluang macam tu.

“Kepada mereka yang bergelar budak baru nak up (BBNU), lain kali datang tengok betul-betul persembahan. Bukan tularkan daripada video orang dan sunting bahagian tertentu,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

“Mama takut kecewakan kakak lagi…,” – Demi impian Tiara nak adik, isteri Achey cekal tempuh rawatan IVF

DI sebalik tawa dan jenaka yang sering menghiburkan jutaan peminat, pelawak popular Achey memendam hasrat dan tekad yang besar...

More Articles Like This