[VIDEO] Klangit Pusing tengok perempuan kaki ‘online shopping’

Dari Penulis

Klangit adalah sebuah band yang telah membuat kemunculan pada 2008 dan sehingga kini masih menempah nama di persada musik industri tanah air. Nama band
Klangit adalah asalnya bernama ADRIBAND dan telah ditukarkan pada Klangit pada 2010. Idea nama Klangit adalah melambangkan destinasi yang jauh dan tinggi yang ingin digapai bersama.

Mereka yang dikenali dengan lagu Sesal Mendua masih mengekalkan hala tuju muzik mereka sebagai pemain Modern Rock, Pop, Electro dan Ballad Rock.

Klangit kini dianggotai oleh Ary sebagai vokalis dan Haris sebagai pemain gitar.

Terkini, Klangit telah ‘disambar’ oleh pihak syarikat rakaman Rusa Music pada 2020 dan telah membuahkan hasil pertama mereka atas kerjasama Rusa Music.

Aku Masih Disini adalah tajuk single pertama mereka bersama Rusa Music pada 2020 juga yangtelah mem peroleh hampir 1 juta tontonan di Youtube Rusa Music.


Dan terbaru, Klangit berjaya menghasilkan single ke dua mereka yang bertajuk Pusing. Lagu Pusing ini berentak lebih catchy yang merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Ary Klangit, Haris Klangit dan Zimi.

Pusing mengisahkan tentang seorang perempuan yang merupakan kekasihnya yang sering membeli-belah di dalam talian hingga membuat dirinya berasa pusing kerana perlukan belanja secara banyak hanya demi kekasihnya yang dicintai.

Memilih muzik video (MV) yang bertamakan warna kuning menampakan lebih menarik dan kotak bungkusan yang banyak. Ini kerana konsep sebegini lebih dekat pada jiwa rakyat pada masa kini.

Single Pusing kini boleh didengari di semua pelantar digital muzik termasuk MV di YouTube Rusa Music. Diharap karya Pusing ini akan mendapat sokongan semua
pihak media dan radio tempatan dan diterima ramai.

Segala info terkini boleh diketahui melalui laman instagram @klangit_official, @aryklangit, @harisklangit dan @rusamusic untuk mengetahui perkembangan lanjut bagi single Pusing dan Klangit.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This