Asrama sebuah SMKA di Pedas, dekat Rembau terbakar dalam insiden tengah hari tadi./Gambar FB Bernama Radio

ASRAMA pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail, Pedas dekat Rembau terbakar 80 peratus tengah hari tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau Mohd Izwan Md Said berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.18 tengah hari dan tiba di lokasi tiga minit kemudian. 

Baca: 33 unit pondok tahfiz Madrasah Al-Imaniyah terbakar, tiada kemalangan jiwa

“Kebakaran melibatkan bangunan asrama lelaki di tingkat tiga yang mempunyai kira-kira 10 bilik dan berkeluasan 40×200 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, operasi pemadaman yang turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota serta Senawang itu tamat sepenuhnya pada 3.51 petang manakala punca kejadian sedang disiasat.