Zulkifeli dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

JENERAL (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamad yang bersara pada 30 Jun lalu.

Menurut Annuar, Zulkifeli pernah memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat ke-23 pada 21 Mei 2010.

Jelas beliau, Zulkifeli kemudian dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-18 pada 15 Jun 2011 sebelum bersara pada 14 Jun 2017.

”Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 44 tahun dalam bidang perkhidmatan pertahanan dan ketenteraan serta menggalas pelbagai jawatan penting dalam Angkatan Tentera Malaysia.

“Sumbangan beliau yang begitu signifikan di dalam bidang keselamatan telah mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) pertama pada Ogos 2016 hingga Jun 2018.

“Beliau juga merupakan pemacu utama pelaksanaan Dasar Keselamatan Negara 2017, penggubalan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 serta terlibat sepenuhnya dalam pembentukan Agensi Keselamatan Siber Nasional atau NASCA,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tempoh tahanan 28 hari SOSMA penting untuk kes keselamatan

Mengulas lanjut, Annuar berkata, Zulkifeli mendapat pendidikan awal di Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu.

Jelas beliau, Zulkifeli seterusnya melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi dan Royal Military Academy, Sandhurst, United Kingdom.

Katanya, beliau merupakan graduan dari Royal Thai Army Command and General Staff College, Thailand pada tahun 1992 dan memiliki Sarjana Strategi Sumber Negara (National Resource Strategy) dari National Defence University (NDU), Washington DC, Amerika Syarikat pada 2001.

“Beliau seterusnya dianugerahkan Doktor Kehormat bidang Pengurusan dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) pada 2013.

“Saya yakin, melalui pengalaman beliau yang luas serta kepakaran dalam pelbagai portfolio, pelantikan ini tepat pada masanya.

“Ia juga selaras dengan hala tuju negara yang sedang melakar perjalanan ke arah pendigitalan bagi mencapai status ekonomi digital dan berdaya saing.

“Semoga pelantikan ini akan terus memacu CyberSecurity Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MONSTA cipta sejarah disenarai finalis WIPO Global Awards 2026

SYARIKAT animasi tempatan, MONSTA mencipta sejarah apabila disenaraikan sebagai finalis WIPO Global Awards 2026, sekali gus mengharumkan nama Malaysia...

More Articles Like This