Bedah siasat: Arwah Fajim cedera di tengkuk dan dada

Dari Penulis

KEPUTUSAN bedah siasat jurulatih penerbangan Fajim Juffa Mustafa Kamal yang maut dalam nahas pesawat ringan di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng di Ipoh malam tadi, disebabkan kecederaan pada tengkuk dan dada.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid dalam kenyataan ringkas berkata kecederaan itu adalah disebabkan kemalangan aviasi.

Dalam insiden kira-kira 8 malam itu, Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor maut manakala Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, dari Bukit Damansara, Kuala Lumpur cedera, yang sebelum itu kedua-dua jurulatih penerbangan tersebut dilaporkan berlepas dari sekolah latihan kapal terbang yang terletak berhampiran sebelum kejadian berlaku.

Baca: PM ucap takziah kepada keluarga mangsa, doakan kesembuhan jurulatih kedua

CAAM mulakan siasatan nahas pesawat ringan

Jurulatih penerbangan maut, 1 cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas

Jenazah Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal yang terkorban dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Sungai Rokam, Medan Gopeng, malam tadi dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pada 2.45 petang. Allahyarham akan dikebumi di Semenyih.

Sementara itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Radzi, 50, ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata Allahyarham Fajim Juffa dijangka akan dikebumikan di Semenyih, Selangor berhampiran kediaman mangsa.

Radzi berkata Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Al-Kauthar, Bandar Tasik Kesuma namun lokasi tanah perkuburan masih belum diketahui.

Sejak awal pagi tadi, ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarham turut hadir menanti proses bedah siasat selesai dijalankan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SPRM tahan 73 individu kes tuntutan Daya Kerjaya 2.0 bernilai RM9 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 73 individu yang terdiri daripada ejen dan pemilik syarikat kerana disyaki...

More Articles Like This