Tangkap layar rakaman memaparkan sebuah lori melanggar lapan kenderaan di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil, 2 petang tadi.

LAPAN buah kenderaan rosak selepas dilanggar sebuah lori muatan kerikil di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil, 2 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu gagal memberhentikan lori lalu melanggar lapan buah kenderaan di hadapannya.

“Lori dipandu lelaki berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari arah Bukit Jalil ke Puchong.

“Faktor sistem brek lori yang tidak berfungsi dengan baik dipercayai punca kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kejadian berlaku ketika kenderaan bergerak perlahan akibat kesesakan.

Baca artikel berkaitan : Pemandu lori maut dilanggar lori

“Pemandu lori telah ditahan dan hasil semakan mendapati pemandu mempunyai 13 rekod saman lampau yang telah dilunaskan.

“Ujian saringan air kencing mendapati negatif alkohol dan dadah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram